Home Segmen Kesihatan BAHAYA MICROSLEEP

BAHAYA MICROSLEEP

158
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Situasi memandu dalam keadaan hilang tumpuan, atau mungkin terlelap boleh terjadi tanpa disedari dan membahayakan diri juga orang lain.

Keadaan itu dipanggil microsleep iaitu tidur yang seringkali berlaku dalam tempoh masa yang singkat antara satu hingga 30 saat.

Ianya paling kerap berlaku apabila orang yang mengantuk cuba melawan tidur dan ingin terus berjaga.

Selain itu, pola tidur yang tidak menentu juga menyebabkan otak akan “menuntut hutang” tidur pada waktu lain sepanjang hari.

Berikut merupakan panduan jumlah waktu tidur mengikut usia:

  • Bayi – 4 bulan hingga 12 bulan; 12 hingga 16 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang
  • Kanak-kanak – 1 hingga 2 tahun; 11 hingga 14 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang; 3 hingga 5 tahun – 10 hingga 13 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang; 6 hingga 12 tahun; 9 hingga 12 jam setiap 24 jam
  • Remaja – 13 hingga 18 tahun; 8 hingga 10 jam setiap 24 jam
  • Dewasa – 7 jam atau lebih setiap malam

Tidur adalah aktiviti yang penting kerana ia membolehkan badan melalui proses baik pulih untuk keesokan harinya.

Ia juga boleh membantu mencegah penambahan berat badan berlebihan, penyakit jantung dan penting untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Bagi orang dewasa, tidur kurang daripada tujuh jam setiap malam secara tetap telah dikaitkan dengan kesihatan yang buruk, termasuk penambahan berat badan, mempunyai indeks jisim badan 30 atau lebih tinggi, diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok dan kemurungan.

Terdapat beberapa cara mudah yang boleh dilakukan untuk mencegah microsleep daripada berlaku antaranya:

  1. Tidur sejenak: Sekiranya rasa mengantuk ketika memandu, disarankan untuk berhenti dan tidur selama 20 hingga 30 minit.
  2. Tidur Qailullah: Tidur sekejap selama 15 hingga 30 minit pada waktu Tengah hari untuk kembali cergas dan boleh berjaga malam. Ia juga boleh meningkatkan kepekaan dan prestasi serta mengurangkan rasa mengantuk.
  3. Ubah apa yang sedang dilakukan: Cara yang mudah untuk mencegah microsleep adalah mengubah apa yang sedang dilakukan seperti bangun daripada tempat duduk atau meregangkan otot-otot badan.
  4. Bercakap dengan seseorang: Berbual dengan individu lain boleh meningkatkan sel-sel otak, meningkatkan kelajuan pernafasan dan mengepan oksigen ke dalam saluran darah.
  5. Dapatkan tidur malam yang mencukupi: Sebelum memulakan perjalanan terutamanya perjalanan yang jauh, pastikan tidur yang secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam. Elakkan aktiviti melepak, menonton filem atau sebagainya sebelum tiba hari perjalanan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here