Home Segmen Kesihatan APA ITU SLIP DISC?

APA ITU SLIP DISC?

337
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Apa itu slip disc? Biasanya slip disc berlaku secara tiba-tiba kepada individu.
Slip disc adalah satu keadaan yang mana boleh berlaku pada mana-mana bahagian pada tulang belakang.

Keadaan tersebut akan membuatkan anda sakit tulang belakang dan boleh mengubah hidup anda.
Namun, ada juga pesakit slip disc tidak mengalami sebarang symptom.

Apabila anda mengalami slip disc, ia bukanlah bermaksud tulang belakang anda ‘tergelincir’.

Tetapi, bahagian cakera di antara ruas tulang belakang anda yang menjadi haus, bocor atau terkeluar.

Ia juga boleh menyebabkan kesakitan dan kekejangan pada kawasan tangan atau kaki, bergantung pada tempat slip disc tersebut terjadi.

Adakah anda tahu apakah punca sebenar keadaan itu berlaku?

Punca utama sakit tulang belakang yang disebabkan oleh slip disc ialah proses penuaan.

Apabila umur seseorang semakin bertambah, bahagian di antara dua ruas tulang belakang itu akan hilang keanjalannya dan lebih berisiko untuk haus disebabkan usia atau mengalami kerosakan.

Antara faktor lain termasuk:

  1. Mengangkat objek yang berat
    Dengan mengangkat objek berat, akan menyebabkan tekanan yang tinggi pada tulang belakang. Secara tidak langsung, menyebabkan disc bergerak hingga mendatangkan sakit.
  2. Berat badan yang melampau
    Tulang belakang tidak mampu untuk menampung berat badan yang melampau, lalu menyebabkan slip disc berlaku.
  3. Postur badan yang statik untuk tempoh masa yang lama
    Jika anda melakukan aktiviti yang sama dalam keadaan statik, seperti memandu untuk tempoh yang lama. Ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang belakang.
  4. Trauma seperti kecederaan semasa bersukan atau kemalangan
    Kesan kecederaan lalu menjadikan anda terdedah pada slip disc.
  5. Jarang bersenam
    Gaya hidup yang tidak aktif tanpa regangan dan senaman akan menyebabkan otot di badan keras dan tidak fleksibel. Lalu berisiko untuk mengalami slip disc.

Kebanyakan pesakit slip disc tidak tahu punca sebenar masalah sakit belakang mereka. Malah, ramai yang bertindak mengabaikan simptom yang dialami dan anggap ia cumalah sakit belakang biasa.

Terdapat beberapa tanda awal yang perlu diambil berat. Slip disc boleh dikenalpasti melalui simptom seperti:
• Sakit dan kebas selalunya pada bahagian sebelah badan sahaja
• Sakit yang merebak sehingga lengan dan kaki
• Sakit apabila berdiri atau duduk terlalu lama
• Sakit menjadi teruk ketika mengangkat barang
• Sakit ketika berjalan walaupun sekejap
• Rasa berdenyut-denyut atau sakit di bahagian tulang belakang

Bagaimanapun simptom slip disc ini mungkin berbeza, mengikut badan seseorang.
Sebenarnya, penyakit sakit tulang belakang boleh dirawat. Untuk mengekalkan kesihatan tulang belakang, anda boleh:

  1. Lindungi belakang badan ketika mengangkat barang yang berat. Sebagai contoh, angkat barang menggunakan otot pada kawasan kaki, bukannya belakang badan.
  2. Pastikan postur tubuh anda baik. Apabila anda berjalan, pastikan bahu diluruskan. Ini dapat membantu anda untuk menjaga tulang belakang supaya ia kekal sihat.
  3. Jangan merokok. Merokok terbukti dapat meningkatkan risiko slip disc.

Selain itu, jika anda mempunyai sakit belakang yang berlarutan dalam satu jangka masa yang panjang, jangan abaikan simptom tersebut.

Slip disc yang tidak dirawat boleh mencetuskan pelbagai komplikasi lain seperti kencing tidak lawas jika ia dibiarkan begitu sahaja.

Segara berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat dan rawatan lanjut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here