Home Sukan NIGERIA, CONGO KE SEPARUH AKHIR AFCON

NIGERIA, CONGO KE SEPARUH AKHIR AFCON

159
0

ABIDJAN: Jaringan tunggal Ademola Lookman sudah cukup buat Nigeria untuk menewaskan Angola 1-0 dan layak ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Republik Demokratik Congo turut melangkah ke pusingan empat terakhir selepas bangkit menewaskan Guinea 3-1.

Penyerang Atalanta, Lookman menjaringkan kedua-dua gol ketika Nigeria menewaskan Cameroon di peringkat 16 terakhir.

Gol berkenaan hadir empat minit sebelum rehat aksi di Stadium Felix Houphouet Boigny, apabila Moses Simon mengutip bola di sebelah kiri padang dan membuat hantaran kepada Lookman.

Nigeria kini sudah mengumpul empat kemenangan bersih, sekali gus membuktikan keberkesanan pendekatan pengendalinya, Jose Peseiro yang mengutamakan kekebalan pintu gol.

“Mereka pasukan yang bagus, tetapi sekali lagi kami gagal dibolosi. Sekali lagi juga kami menjaringkan satu gol.

“Saya ingin lebih banyak gol. Dengan penyudah yang baik kami mampu menjaringkan satu atau dua gol lagi, tetapi saya cukup gembira. Pemain-pemain berhak dengan kemenangan ini,” kata Peseiro.

Dalam aksi di Stadium Olimpik Ebimpe, DR Congo menewaskan Guinea 3-1 hasil jaringan Chancel Mbemba, Yoane Wissa dan Arthur Masuaku selepas ketinggalan menerusi gol Mohamed Bayo. – AFP,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here