Home Buletin Semasa MTDC SEDIA LABUR DANA UNTUK IMEDIKEL

MTDC SEDIA LABUR DANA UNTUK IMEDIKEL

177
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) bersedia membantu syarikat bumiputera IMedikel dalam bentuk pelaburan dana untuk meningkatkan sistem gunapakai teknologi bagi mengurangkan bantuan manusia seminimumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Ts. Mohamad Hazani Hassan, berkata bantuan tersebut bagi membolehkan syarikat tempatan berkembang menerusi revolusi industri 4.0.

“Saya nampak banyak teknologi daripada revolusi industri 4.0 yang sudah diguna pakai dan kita akan cuba untuk memberikan beberapa dana untuk syarikat ini.

“Saya melihat pihak MTDC boleh bekerjasama dengan syarikat IMedikel untuk mengautomasikan sistem di kilang Pharmaceutical,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjalani Lawatan Delegasi ke IMedikel Pharma Holdings (IMPHB), di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, di sini, baru-baru ini.

Selain itu, beliau memberitahu IMedikel berpotensi berkembang lebih meluas memandangkan syarikat berkenaan mampu unutk membina formulasi sendiri terutamanya dalam penghasilan produk jenama sendiri (OEM).

Tambahnya, bidang farmaseutikal yang ada semakin mendapat perhatian lebih luas kerana kesedaran orang ramai terhadap kesihatan yang semakin meningkat di masa kini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here