Home Sukan ZVEREZ HANTAR ALCARAZ PULANG AWAL

ZVEREZ HANTAR ALCARAZ PULANG AWAL

163
0

MELBOURNE: Alexander Zverev berjaya menghalang kebangkitan Carlos Alcaraz dalam aksi mendebarkan untuk mara ke separuh akhir Terbuka Australia menentang Daniil Medvedev.

Pemain Jerman yang terkenal dengan servis kencang itu kembali mendapat rentak selepas sedikit goyah untuk menang 6-1, 6-3, 6-7 (2/7), 6-4 dalam masa lebih tiga jam, menghancurkan harapan Alcaraz untuk gelaran Grand Slam ketiga.

Tegas pemain Sepanyol itu, dia terpaksa akur dengan keputusan itu dan sedar kekalahan itu adalah berpunca dari kesilapannya yang gagal bangkit mengubah rentak permainan.

“Secara keseluruhan saya benar-benar tidak gembira dengan permainan saya pada hari ini, terutama pada set keempat. Saya gagal untuk bertahan dan benar-benar sayang saya gagal mengheret perlawanan itu.

“Saya fikir saya mempunyai satu peluang tetapi saya tidak mengambilnya. Banyak kesilapan saya buat terutama menerusi pukulan servis.

“Itu saja yang saya harus perbaiki. Saya harus bekerja keras dan terus lihat ke hadapan.

“Apapun, berada pada tahap ini adalah satu pencapaian terbaik saya kerana tahun lalu saya tidak dapat turun bersaing atas faktor kecederaan,” katanya.

Hasil keputusan itu, Zverev akan berdepan pemain pilihan ketiga kejohanan, Medvedev esok selepas pemain Russia itu menewaskan Hubert Hurkacz dalam pertarungan lima set. – AFP, HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here