Home Buletin Semasa JPPKK SASAR 120,000 KEMASUKAN PELAJAR KE POLYCC PADA 2027

JPPKK SASAR 120,000 KEMASUKAN PELAJAR KE POLYCC PADA 2027

218
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) menyasarkan seramai 120,000 pelajar melanjutkan pengajian ke politeknik & kolej komuniti (POLYCC) pada 2027 manakala 140,000 pelajar pada 2030.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohd Zahari Ismail berkata, ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat sijil dan diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Sekarang kita mempunyai 90,000 bilangan pelajar yang memilih untuk melanjutkan pengajian di POLYCC dan mereka juga berjaya menyumbang sebanyak 40 peratus kemahiran daripada tenaga kerja dalam bidang TVET,” katanya kepada pemberita di sidang media selepas Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 2024, di Politeknik Kota Bharu, di sini.

Zahari berkata, pihaknya sedang merangka konsep untuk memperkenalkan lebih banyak peluang dan ruang kepada pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian di institut berkenaan.

Dalam pada itu, JPPKK akan memastikan pelajar GALUS mendapat pengetahuan yang mencukupi serta mengasah kemahiran dan kepakaran agar mereka dapat berada pada kedudukan yang sama dengan pelajar lain.

“Walaupun mereka dalam kategori GALUS, kita akan pastikan mereka bergerak seiring dengan pelajar lain melalui pelaksanaan kelas tuisyen.

“Silibus bagi pengajian mereka juga hampir sama tetapi mereka akan diberi pengecualian credits,” ujarnya.

Tambahnya, pelajar GALUS akan melalui tempoh pengajian maksimum tiga tahun namun ia juga bergantung kepada keputusan pengajian mereka.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here