LONDON: Persekutuan Bolasepak Guinea mengharapkan penyokong mereka dapat bertenang selepas enam penyokong mati apabila meraikan kejayaan pasukan itu menewaskan Gambia pada aksi Piala Negara-Negara Afrika.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Aguibou Camara meledak gol tunggal untuk memberikan Guinea kemenangan tipis 1-0 sekali gus mencerahkan peluang mereka untuk mara ke pusingan kalah mati.
Kemenangan itu menyaksikan penyokong meraikan kejayaan itu secara besar-besaran dengan kereta dan motosikal di ibu kota Conakry
AFP melaporkan tiga penyokong terkorban apabila dua kenderaan bertembung pada kelajuan tinggi sementara yang lain mengalami kecederaan dalam kemalangan jalan raya.
Pengurus media Persekutuan Bolasepak Guinea, Amadou Makadji memaklumkan BBC bahawa enam individu disahkan mati dalam keraian itu.
Justeru, persatuan itu memohon penyokong supaya meraikan kejayaan dengan sewajarnya bagi mengelak tragedi sama berulang.
“Apa yang penting adalah penyokong dan masyarakat meraikan kejayaan pasukan dengan cara yang terkawal,” kata Makadji.
“Mereka perlu berhati-hati supaya tidak membahayakan diri sendiri kerana tujuan bola sepak untuk memberikan kegembiraan dan bukannya kesedihan.
“Kita tidak mahu ada yang berkabung jadi kita mengharapkan semua pihak dapat meraikan kejayaan tanpa membahayakan diri sendiri.”
-AGENSI,BH Online-
Imedikel TV






