Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menangkap seekor ular sawa sepanjang empat meter dengan anggaran berat 100 kilogram di Kampung Kubang Chenok, di sini, pagi tadi.
Pegawai APM Daerah Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk kira-kira jam 8.00 pagi.

Bertindak segera, anggota Skuad Bravo bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan itu.
“Reptilia tersebut berada di dalam reban ayam dan kami mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk mengeluarkannya,” katanya.
Katanya reptilia tersebut dibawa ke Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA), sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri.
Dalam pada itu, APM sudah menangkap 22 ekor ular sejak 1 Januari hingga 15 Januari tahun ini.

Masing-masing 12 ekor ular sawa, senduk, 3, tedung senduk, 1, rusuk kerbau, 2, cemeti hijau, 2, ular sampah, 1 dan ular lidi, 1.
I Medikel TV






