Home Sukan BROJA PENUHI CABARAN POCHETTINO

BROJA PENUHI CABARAN POCHETTINO

LONDON: Penyerang Armando Broja mengemudi kemenangan 4-0 Chelsea ke atas kelab Liga Kejuaraan, Preston North End pada pusingan ketiga Piala FA Inggeris awal pagi tadi, memenuhi cabaran jurulatih Mauricio Pochettino supaya pemain Albania itu menggunakan peluang diberi terhadapnya.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita haraian Broja, yang jarang bermain musim ini disebabkan kecederaan dan kehadiran Nicolas Jackson yang kini bersama Senegal pada Piala Negara-Negara Afrika, menjaringkan gol pembukaan Chelsea pada minit ke-58 menerusi tandukan padu susulan hantaran silang Malo Gusto.

Broja memukau perhatian sebelum Thiago Silva, yang baru masuk sebagai pemain gantian, menanduk kencang berikutan sepakan sudut Cole Palmer pada minit ke-66 ketika The Blues mula mengganas selepas babak pertama yang hambar.

Raheem Sterling melencongkan sepakan percuma bagi gol ketiga dan lima minit sebelum tamat Enzo Fernandez melengkapkan jaringan, sekalipun dia terpaksa menunggu lama sebelum VAR mengesahkan gol itu dan mampu untuk meraikannya.

Pertandingan piala domestik satu-satunya peluang Chelsea untuk memenangi kejuaraan musim ini dengan pasukan itu terdampar di tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris.

Mereka akan berdepan Middlesbrough pada separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris awal pagi Rabu ini. – REUTERS-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here