Home Buletin Semasa 16,333 MANGSA BANJIR DI KELANTAN

16,333 MANGSA BANJIR DI KELANTAN

Oleh: Athirah Azman@I Medikel TV

KOTA BHARU: Seramai 16,333 mangsa banjir di Kelantan setakat jam 10 pagi ini.

Semua mangsa banjir membabitkan 5,257 keluarga itu ditempatkan di 80 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah.

Menurut infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa paling tinggi seramai 13,892 orang dengan 36 PPS, Tanah Merah 1,798 dan 14 PPS, Kuala Krai 1,951 dan 25 PPS, Machang 112 dengan satu PPS, Gua Musang 105 dengan dua PPS, manakala Jeli 82, dengan satu PPS, dan Kota Bharu 42 juga dengan satu PPS.

Sementara itu, trend air Sungai Golok semakin menurun memandangkan keadaan cuaca mendung pada hari ini.

Namun paras air sungai masih melebihi tahap bahaya iaitu 10.68 meter.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here