Oleh: Athirah Azman@I Medikel TV
KOTA BHARU: Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan paras air menaik dan melebihi tahap bahaya iaitu 10.66 meter.
Selain itu, jumlah mangsa banjir di Kelantan merekodkan sebanyak 1895 termasuk 546 jumlah keluarga setakat jam 10.46 pagi ini.
Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Tanah Merah, sebanyak 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, termasuk 117 orang di Sekolah Kebangsaan (SK) Bendang Nyior, 70 orang di SK Kulim dan 141 di Sekolah Menengah Ugama (A) Kajang.
Manakala di PPS Pasir Mas pula menempatkan sebanyak 336 mangsa banjir di SK Gual To’Deh dan 364 di SK Gual Periok.
I Medikel TV






