Home Sukan HAMILTON,BOBB CURI TUMPUAN BERSAMA CITY

HAMILTON,BOBB CURI TUMPUAN BERSAMA CITY

190
0

BELGRADE: Manchester City melengkapkan rekod sempurna pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara apabila pemain berusia 20 tahun, Micah Hamilton dan Oscar Bobb menyumbat gol sulung mereka buat kelab itu ketika menang 3-2 di Red Star Belgrade awal pagi tadi.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Penyandang juara itu sudah memastikan tempat ke pusingan 16 terakhir sebagai juara Kumpulan G, membolehkan pengurus Pep Guardiola melakukan sembilan perubahan pemain.

Bobb dan Hamilton dua daripada pemain remaja yang diberi peluang untuk menyerlah di pentas terbesar bola sepak Eropah dan mereka menggunakan sepenuhnya kesempatan itu.

Gambar Hamilton menerima arahan daripada Guardiola sebagai budak pengambil bola pada tahun 2017 menjadi tular menjelang sepak mula.

Dia membalas kepercayaan pengurus itu terhadapnya untuk memulakan perlawanan dengan merembat kencang melepasi Omri Glazer dari sudut sukar pada minit ke-19.

Bobb tampil lebih kerap dalam skuad utama musim ini dan larian solo serta penyudah tenang pemain dari Norway itu menggandakan kelebihan City pada minit ke-62.

Hwang In Beom membalas satu gol buat juara Serbia itu pada minit ke-76.

Namun Hamilton memukau sekali lagi apabila dia memenangi sepakan penalti dan Kalvin Phillips tampil untuk menyempurnakan gol pertamanya buat City lima minit sebelum tamat.

Aleksandar Katai merapatkan jurang buat Red Star pada masa kecederaan tetapi City bertahan untuk muncul pasukan kedua Inggeris menang semua enam perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara selepas Liverpool pada musim 2021-22. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here