Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV
KOTA BHARU: Usaha kerajaan persekutuan membuahkan hasil apabila kadar golongan miskin dan miskin tegar di kelantan mencatatkan pengurangan.
Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (ICU), Jasri Kasim berkata, jumlah golongan miskin tegar mencatat penurunan seramai 9,556 setakat November lalu, berbanding 12,280 pada awal tahun ini.
Jelas beliau, pihaknya berterusan menyemak senarai golongan berkenaan bagi merekodkan kategori terkeluar daripada miskin tegar.

“Apa yang berlaku yang kita laksanakan ialah kita buat pemutihan di mana kita semak semula senarai mereka yang dikategorikan miskin tegar dan kita buat semak silang dengan beberapa agensi bantuan mereka sebenarnya ada bantuan yang diberikan secara bulanan oleh jabatan-jabatan atau agensi tertentu dan kita kemaskini dan sebahagian mereka boleh dikategorikan terkeluar daripada miskin tegar.
“Jadi memang kita nampak ada pengurangan yang agak besar juga kepada bilangan miskin tegar,” katanya ketika sidang media selepas Program Jelajah eKasih@Kota Lama, di Dataran Muhammadi, di sini, semalam.
Jasri berkata, golongan berkenaan adalah dari jajahan Kota Bharu dan masih mendahului jajahan lain di negeri itu.
Katanya, ramai daripada mereka berjaya mendapat pekerjaan menerusi ‘Program M,yfuture Jobs’ yang dianjurkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
“Dari segi program-program yang dibuat oleh kerajaan dan juga peluang pekerjaan yang dibuat oleh perkeso banyak interview telah dijalankan dan terdapat ahli isi rumah yang dikategorikan miskin tegar ini telah mendapat pekerjaan dan mereka punya pendapatan yang melepasi garis kemiskinan.”
Hadir sama Adun Kota Lama DR Hafidzah Mustakim dan yang diPertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-BRI, Mohd Anis Hussein.
Menurut beliau, program ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar menjelang tahun 2024.
Selain itu, pihak ICU JPM turut membuat kayuhan madani serta menyampaikan simbolik peruntukan sebanyak RM150,000 bagi kerja baik pulih Pasar Kubang Pasu.

“Untuk tujuan naik taraf pasar tu dan mungkin kerja-kerja mengindahkan lagi ataupun menaiktaraf kemudahan yang ada di pasar itu.”
Tambahnya lagi, pelbagai bantuan disalurkan untuk membantu penerima ekasih menerusi aktiviti ekonomi.
I Medikel TV






