Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus membantu rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.
Bukan itu sahaja, pihaknya juga menangani isu kenaikan harga bagi mengelakkan pengguna daripada terkesan dengan sebarang isu kenaikan harga yang tidak munasabah.
Menurut kenyataan media, kerajaan bersetuju untuk mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol.
Antaranya adalah mengekalkan harga runcit maksimum bagi minyak masak tulen dalam botol menerusi perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (penentuan harga maksimum) (No.13) 2023.
Beberapa langkah proaktif telah di ambil bagi membantu rakyat melalui inisiatif-inisiatif kerajaan madani.
Harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam botol 1kg, RM 6.90, 2kg RM13.30, 3kg RM19.60 dan 5kg RM30.90. – KPDN –
I Medikel TV






