Home Buletin Semasa MANGSA BANJIR DI KELANTAN KEKAL

MANGSA BANJIR DI KELANTAN KEKAL

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan kekal seramai 3,260 orang daripada 989 keluarga setakat jam 8.00 pagi ini.

Ini berikutan cuaca panas sejak dua hari lalu.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat ini terdapat 9 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka untuk mangsa banjir.

Mangsa banjir yang masih berada di PPS ditempatkan di PPS SK Gual To’Deh, AMK Baroh Pial, SK Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin.

Selain itu mereka juga ditempatkan di PPS Sk Gual Tinggi, SK Sri Kiambang, SMK Gual Periok, Madrasah Tasek Bakong dan SK Kedai Tanjong.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here