KUANTAN: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mengakui tugas berat menanti skuadnya apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam.
Memetik laporan menerusi berita harian,Legenda bola sepak Singapura itu berkata,ini kerana skuad Tok Gajah tidak dapat menurunkan sembilan pemain yang sudah pasti memberi kesan dalam membentuk pasukan lebih mantap.
“Sri Pahang tidak dapat menyenaraikan dua pemain import, Kevin Ingreso dari Filipina dan Lucas Silva (Brazil) kerana kontrak mereka berakhir pada 30 November lalu.
“Kapten pasukan, Sergio Aguero, Nur Shamie Iszuan Amin dan Zuhair Aizat Mohd Nazri pula berdepan masalah kecederaan manakala Fadhli Shas digantung satu perlawanan.
“Pada masa sama, tiga pemain pinjaman JDT iaitu Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Syazwan Andik dan Izham Tarmizi Roslan pula tidak boleh disenaraikan.
“Dengan ketiadaan mereka, perlawanan itu agak berat dan sukar yang perlu dihadapi semua pemain untuk menyekat JDT daripada membawa pulang mata.
“Namun, saya harap pemain yang disenaraikan dapat beraksi dengan baik dan lebih bersedia untuk menyekat pemain lawan,” katanya.
Fandi berkata, Harimau Selatan yang tewas 0-5 di tangan kelab Jepun, kelab Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL), Selasa lalu, sudah pasti mahu menebus kekecewaan.
Justeru, beliau mahu anak buahnya kekal tenang dan mengikut arahan yang diberikan sepanjang tempoh 90 minit untuk meletakkan kedudukan terbaik dalam saingan Liga super musim ini.
“Walaupun keputusan perlawanan tidak akan mengubah kedudukan Sri Pahang ditempat kelima, Sri Pahang akan tetap memberikan persembahkan menyakinkan.
“Saya harap semua pemain kekal fokus sepanjang tempoh perlawanan dan memanfaatkan segala peluang yang dimiliki,” katanya.
Berbaki dua perlawanan saingan Liga Super musim ini, skuad kendalian Fandi Ahmad berada di kedudukan kelima dengan mengutip 44 mata selepas mengharungi 24 perlawanan.-BH ONLINE-
Imedikel TV






