Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 2,565 orang sehingga jam 8.00 pagi ini berbanding semalam 1,947 orang sehingga jam 9 malam tadi.
Semua mangsa banjir itu membabitkan sebanyak 782 keluarga yang berada di 15 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di Pasir Mas mencatat jumlah paling tinggi iaitu 2,291 orang yang ditempatkan di sembilan PPS.
Manakala di Bachok, jumlah mangsa banjir seramai 221 orang dipindahkan di dua PPS, diikuti Tanah Merah pula 22 orang di satu PPS, Kota Bharu seramai 19 orang di satu PPS dan Machang 12 mangsa di satu PPS.

IMEDIKEL TV






