Home Luar Negara MALAYSIA KUTUK SERANGAN TENTERA ISRAEL DI NABLUS

MALAYSIA KUTUK SERANGAN TENTERA ISRAEL DI NABLUS

414
0

Malaysia megutuk sekeras – kerasnya serangan tentera Israel di Nablus pada Rabu yang membunuh sekurang-kurangnya 11 pendudk Palestin dan mencederakan lebih 100 yang lain. Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Sabtu, perbuatan keji itu jelas merupakan jenayah terhadap kemanusiaan dan pelakunya perlu dipertanggungjawabkan. Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa supaya bertindak terhadap keganasan dan kekejaman yang dilakukan oleh tentera rejim Israel di Wilayah Palestin yang diduduki.

“Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu khususnya mesti memenuhi tanggungjawab yang Amanah piagam PBB/. Rakyat Palestin juga berhak mendapatkan keamanan, keselamatan dan keadilan,” menurut kenyataan itu

Malaysia berdiri teguh dan menyokong tanpa berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin yang berhak mendapatkan negara yang merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara

Dalam serangan pada Rabu, tentera Israel menyasarkan sebuah rumah di Kota Lama Nablus selain menyerang penduduk Palestin yang membantah serbuan itu dengan peluru dan gas pemedih mata.

Ada yang menjadi mangsa seorang lelaki berusia 66 tahun dan kanak – kanak, menurut laporan media. Sejak awal 2023, tentera Israel telah membunuh 62 rakyat Palestin, menurut Kementerian Kesihatan Palestin

Sumber: BERNAMA

— Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here