Home Buletin Semasa TALI AIR TIDAK DISELENGGARA PUNCA BANJIR BERLAKU

TALI AIR TIDAK DISELENGGARA PUNCA BANJIR BERLAKU

263
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

BACHOK: Saliran tali air yang tersumbat adalah faktor yang menyebabkan banjir di sekitar Taman Bator Harmoni di Jelawat, baru-baru ini.

Penduduk terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat kerana rumah dinaiki air.

Pengerusi Taman Bator Harmoni, Norazman Mohd Azmi, 57, berkata sistem tali air yang tidak diselenggara menyebabkan air hujan tidak bertakung sehingga berlaku banjir.

Pengerusi Taman Bator Harmoni, Norazman Mohd Azmi, 57, berada di PPS SK Jelawat.

Tinjauan I Medikel TV ke PPS SK Jelawat pada Ahad, mendapati seramai 150 penduduk terpaksa ditempatkan di pps kerana rumah mereka dinaiki air.

“Banjir ini berlaku sebenarnya berpunca daripada tali air yang tidak efektif bergerak.

“Bermula pada tahun 2014 selepas empat tahun kita duduk itu, mereka tidak membuat servis untuk mencuci tali air itu dan bermula daripada situ la berlaku banjir hingga air melimpah ke dalam rumah, pihak kami bukan suka terpaksa berpindah sebegini dan tidak menjadi suatu kegembiraan bagi kami duduk beramai-ramai,” katanya.

Norazman mendakwa air yang melimpah pada paras betis disebabkan oleh tali air yang tidak dicuci dengan sempurna sehingga air mudah bertakung di kediamannya.

Oleh hal demikian, mereka terpaksa ditempatkan di PPS SK Jelawat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku sekiranya hujan berlarutan dan air tidak surut.

Menurutnya, masalah itu bukan sahaja berlaku ketika musim Monsun Timur Laut (MTL), malah ketika hujan lebat juga kejadian sama berlaku.

“Banjir yang melanda taman perumahan kami lebih terjejas kepada Lorong lapan dan Sembilan kerana mereka paling terdekat dengan saliran tali air yang melimpah jadi apabila air tidak boleh mengalir, ia akan menjadi semakin naik hingga ke kawasan hadapan,” katanya.

Norazman menegaskan pihaknya amat terkesan bermula pada banjir yang melanda sejak tahun 2014.

Mereka juga sentiasa berada dalam kerisauan sebaik sahaja hujan lebat.

Pihaknya berharap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selantan  cakna dan bertindak atas dasar kebajikan penduduk.

Sementara itu, seorang mangsa banjir Amalina Abdul Ghani, berkata dia sedang melalui tempoh berpantang selama lapan hari selepas melahirkan anaknya.

Namun terpaksa berpindah ke pps kerana tiada pilihan demi menyelamatkan anaknya.

Jelas Amalina, detik kesukaran itu berlaku sebaik sahaja ingin bergerak sekaligus untuk mencuci bahagian luka jahitan di PPS berkenaan.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here