Home Buletin Semasa KELANTANFM AMBIL PEDULI BINTANG RTM TERLANTAR

KELANTANFM AMBIL PEDULI BINTANG RTM TERLANTAR

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

KOTA BHARU: Seorang peserta akhir Bintang RTM 1986 menghidap penyakit kanser prostat tahap empat.

Dia sekaligus tidak dapat meneruskan aktiviti dalam bidang nyanyian kerana terlantar sejak lima tahun lalu.

Peserta akhir Bintang RTM, Azizi Zakaria sering menerima bantuan kewangan daripada rakan-rakan bagi menampung kos perubatannya.

“Bagi kos pembelian ubat-ubatan saya selama tidak bekerja, kawan-kawan saya ramai yang menderma dari segi kewangan.

“Untuk urusan kerja saya cuba untuk selesaikannya sendiri mengikut kemampuan saya,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya di Kampung Cempaka, Panji, di sini, baru-baru ini.

Azizi menerima kunjungan daripada kelantanfm menerusi ‘Program KelantanFM Ambil Peduli’ teruja dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak berkenaan.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata program itu bukan sahaja untuk membantu malah menghargai individu yang sudah berbakti kepada pihaknya.

“Kita membantu orang yang sama-sama membantu kita serta berbakti pada kita untuk mengukuhkan jenama kita jadi jangan sekali kali lupa orang yang banyak membantu kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan replika cek bernilai RM1,000 kepada Azizi sempena program KelantanFM Ambil Peduli di kediamannya di sini.

Tambahnya, kerja dalam program kemasyarakatan antara KelantanFM dan rakan strategik I Medikel Pharma Holding (IMPHB) kini dapat memperkasakan lagi jenama kedua belah pihak.

Malah, beliau berharap pelaksanaan program itu dapat memberikan kesan positif terhadap Azizi.

Manakala Pengarah Pembangunan Perniagaan IMPHB, Shahril Shahriman berkata pihaknya turut memberi sumbangan seperti susu Hiflex bagi menambahbaik kesihatan Azizi.

“Kita ada memberi sumbangan iaitu susun Hiflex yang boleh merawat keseluruhan tubuh badan Azizi dari segi maslaah sendi serta memberikannya tenaga untuk bergerak,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Program Radio Saifuzzaman Yusop, Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa, Md Shahri Saripan, Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV, Nasrul Hakim Md Noh dan Pemangku Pengarah RTM Kelantan, Muhamad Khairunizam Abdul Salam.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here