Home Luar Negara ENAM MAUT GEMPA BUMI MAGNITUD 6.7 GEGAR SELATAN FILIPINA

ENAM MAUT GEMPA BUMI MAGNITUD 6.7 GEGAR SELATAN FILIPINA

157
0

MANILA: Angka korban gempa bumi bermagnitud 6.7 di selatan Filipina meningkat kepada enam orang dan pihak berkuasa giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat dua mangsa yang hilang.

Gempa luar pesisir melanda pulau Mindanao petang semalam pada kedalaman 60 kilometer (km), menurut Pusat Penyelidikan Jerman untuk Geosains.

Ketua Pejabat Bencana General Santos City di wilayah Cotabato Selatan, Agripino Dacera, memberitahu Reuters tiga orang dilaporkan mati di sana.

Seorang lelaki dan isterinya maut apabila dinding konkrit runtuh menimpa mereka, manakala seorang lagi wanita terbunuh di sebuah pusat beli-belah, kata Dacera.

Berhampiran pusat gempa di wilayah Sarangani, sekurang-kurangnya dua orang maut, manakala penyelamat sedang mencari dua lagi yang hilang selepas berlaku tanah runtuh.

Di wilayah Davao Occidental, seorang lelaki berusia 78 tahun maut selepas dihempap ​​batu, Franz Irag, pegawai pertahanan awam di wilayah Davao, memberitahu radio DWPM.

Gempa bumi kuat berukuran 6.7 pada skala Richter menyebabkan orang ramai bertempiaran lari keluar bangunan, manakala siling pusat beli-belah runtuh.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun mengesahkan, tiada ancaman tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi melanda wilayah Sarangani di pulau utama selatan Mindanao pada kedalaman 78 km pada 8.14 pagi, waktu tempatan.

Gempa itu dirasai di seluruh kawasan yang luas di pulau bergunung itu.

Bekalan kuasa telah dipulihkan dan kebanyakan jalan raya boleh dilalui, kata pegawai bencana, sambil menambah kebanyakan laporan adalah kerosakan kecil pada rumah dan bangunan.

Filipina terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, yang mana aktiviti gunung berapi dan gempa bumi adalah perkara biasa. – AGENSI, BH Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here