Home Sukan NEYMAR SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN LUTUT

NEYMAR SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN LUTUT

SAO PAULO: Neymar menunjukkan reaksi positif selepas pembedahan lutut tetapi doktor belum pasti bila penyerang Brazil dan Al-Hilal akan kembali beraksi.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Pemain 31 tahun itu cedera di lutut kiri ketika mewakili Brazil dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bulan lalu.

Kecederaan ACL memerlukan tempoh lapan hingga ke 10 bulan untuk pulih.

Doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar berkata, Neymar komited untuk kembali pulih dan cergas sepenuhnya.

“Dari awal lagi dia menunjukkan yang dia mengikut apa yang kami cadangkan,” kata Lasmar.

Neymar terpaksa diusung keluar ketika kekalahan 2-0 Brazil di tangan Uruguay selepas terjatuh di babak pertama.

Dia berpindah ke kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal pada jendela perpindahan musim panas lalu dari Paris Saint-Germain, tetapi hanya bermain lima perlawanan kerana kecederaan otot. – AGENSI-BH ONLINE-

imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here