LONDON: Roberto De Zerbi berkata dia tidak menyukai 80 peratus pengadil di Liga Perdana Inggeris selepas Brighton kendaliannya seri 1-1 menentang Sheffield United,Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian.
Simon Adingra meletakkan tuan rumah di depan dalam aksi di Stadium Amez sebelum kad merah Mahmoud Dahoud menjejaskan rentak Brighton.
Dahoud dilayangkan kad merah kerana memijak buku lali Ben Osborn, sekali gus membuka ruang buat The Blades untuk menyamakan kedudukan menerusi gol sendiri Adam Webster.
De Zerbi, yang kini mengharungi deretan tanpa kemenangan liga paling panjang bersama Brighton, dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil.
“Saya jujur dan jelas… saya tidak suka 80 peratus pengadil Inggeris. Ini bukan pendapat baharu. Saya tidak menyukai mereka, saya tidak suka sikap mereka di atas padang.
“England satu-satunya negara yang walaupun ada VAR, anda masih tidak pasti sama ada keputusan yang dibuat adalah tepat.
“Di negara lain, anda perlu yakin 100 peratus yang keputusan dibuat adalah tepat. Di England, tidak, dan saya tidak faham,” kata De Zerbi. – AGENSI
-BH ONLINE-
Imedikel TV






