Home Luar Negara KERETA KEBAL ISRAEL KEPUNG HOSPITAL GAZA

KERETA KEBAL ISRAEL KEPUNG HOSPITAL GAZA

GAZA: Tentera Israel hari ini mengepung Hospital Al-Shifa, selepas operasi tentera di darat menceroboh semakin jauh ke dalam wilayah semenanjung Gaza.

Portal berita Al Jazeera dalam laporan langsung berkata, kereta kebal tentera rejim itu sedang mengepung Hospital Al-Shifa.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, pada masa sama, hospital itu sudah terputus bekalan elektrik hingga ‘mengorbankan’ dua bayi pramatang kerana tiada oksigen.

Pengarah hospital, Muhammad Abu Salmiya, berkata pergerakan kakitangan atau individu lain di dalam kawasan hospital diancam serangan penembak tepat tentera Israel.

Sekurang-kurangnya dua bayi pramatang yang menerima rawatan di hospital dilaporkan meninggal dunia dan 37 lagi dalam keadaan kritikal kerana ketiadaan elektrik akibat serangan terbabit.

Portal itu berkata, serangan udara Israel sebelum ini mengorbankan dua doktor di hospital bersalin mahdi.

Hampir 200,000 rakyat Palestin melarikan diri dari Utara Gaza sejak tempoh tiga hari lalu. -AGENSI, BH ONLINE-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here