Home Buletin Semasa 60 KANAK-KANAK ASNAF DIRAI DALAM PROGRAM SUNATHON 2025

60 KANAK-KANAK ASNAF DIRAI DALAM PROGRAM SUNATHON 2025

296
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Seramai 60 kanak-kanak terdiri dalam golongan asnaf di sekitar daerah ini teruja menyertai program sunathon atau berkhatan beramai-ramai.

Pakar Bedah Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Dr Wan Zainira Wan Zain, berkata program itu sudah diadakan selama empat tahun dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) 3rd Force Pasir Mas.

“Program kali ini amat memberangsangkan, kalau iku ramai lagi yang ingin sertai tetapi kita sudah hadkan serama 60 orang sahaja.

“Kita juga hadkan usia untuk bersunat kali ini. Program sebelum ini, ada peserta yang berusia empat tahun tetapi kali ini kita hadkan kepada usia 10 tahun ke atas sahaja,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Sunathon 2025 di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, di sini, hari ini.

Menurut beliau ada dalam kalangan peserta yang datang dikecualikan untuk berkhatan atas beberapa masalah yang dihadapi.

“Antara masalah yang dihadapi termasuk abnormal pada zakar iaitu masalah Hypospadias (bukaan untuk saluran kencing (uretra) terletak di kawasan tidak normal, masalah Fimosis (zakar buta) dan zakar tenggelam (buried penis).

“Jika peserta mempunyai masalah ini, mereka perlu dirujuk kepada pakar untuk melakukan proses seterusnya untuk berkhatan,”katanya.

Katanya kira-kira 80 pegawai perubatan dan staf HPUSM terlibat dalam program kali ini.

Hadir sama pada program itu ialah Koordintator 3rd Force Pasir Mas, Wan Zalilah Shafie.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here