Home Buletin Semasa 40 PELAJAR UPSI TERIMA SOKONGAN KELUARGA ANGKAT

40 PELAJAR UPSI TERIMA SOKONGAN KELUARGA ANGKAT

Oleh: Bazli Razak@IMedikel TV

TANJONG MALIM: Seramai 40 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima sokongan keluarga angkat menerusi Program Prodigy BITARA yang dilaksanakan bagi membantu kebajikan dan kesejahteraan pelajar.

Program itu melibatkan 24 keluarga angkat dalam kalangan kakitangan universiti yang tampil memberi sokongan moral, bimbingan serta bantuan berterusan kepada pelajar terlibat.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pendekatan keluarga angkat mampu mewujudkan suasana kampus yang lebih penyayang dan inklusif, sekali gus membantu pelajar menghadapi cabaran kehidupan universiti dengan lebih seimbang.

”Kehadiran keluarga angkat bukan sahaja memberi bantuan, malah menjadi tempat pelajar berkongsi masalah serta menerima sokongan emosi dan perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Peluncuran Program Prodigy BITARA yang berlangsung di Gerbang Suria, Kampus Sultan Azlan Shah sempena Karnival Badan Pelajar 2025.

Tambah beliau, program itu turut menjadi platform untuk mengenal pasti pelajar yang memerlukan bantuan serta membuka ruang kepada kakitangan universiti menyumbang melalui potongan gaji bulanan sekurang-kurangnya selama setahun.

Katanya, penyumbang juga berpeluang memantau perkembangan anak angkat masing-masing, malah identiti penyumbang boleh dirahsiakan bagi memastikan sumbangan dibuat secara ikhlas dan berterusan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here