Home Luar Negara 29 PESERTA PESTA GAY POSITIF HIV DI INDONESIA

29 PESERTA PESTA GAY POSITIF HIV DI INDONESIA

SURABAYA: Sekurang-kurangnya 29 daripada 34 lelaki yang ditahan dalam satu pesta gay di Surabaya, wilayah Jawa Timur disahkan positif virus kurang imun (HIV), lapor laman berita Tribunnews.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, Ketua Pejabat Kesihatan Kota Surabaya, Nanik Sukristina berkata, mereka ditahan di sebuah bilik hotel di Ngagel.

“Daripada 34 orang yang menjalani pemeriksaan kesihatan, 29 disahkan positif HIV. Kebanyakan mereka berasal dari luar bandar,” katanya.

“Pejabat Kesihatan sedang bekerjasama dengan Polis Kota Surabaya untuk pemantauan perubatan kerana mereka masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Khidmat Masyarakat Polis Surabaya, Asisten Komisioner Kanan Erika Purwana Putra berkata, ketika serbuan dilakukan pada Sabtu lalu, sebahagian besar lelaki berkenaan berada dalam keadaan bogel.

Ketua Unit Perkhidmatan Wanita dan Kanak-kanak (PPA) Unit Siasatan Jenayah Polis Surabaya, Inspektor Pertama Octo Mamoto pula mendedahkan, setiap peserta pesta gay itu mempunyai peranan masing-masing dalam acara terbabit.

“Ada yang menjadi penganjur acara, pembiaya, pentadbir media sosial dan peserta yang mendaftar melalui kumpulan media sosial.

“Enam lelaki pula memainkan peranan sebagai wanita dalam melakukan hubungan sejenis,” katanya. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here