Home Luar Negara 260 RAKYAT PALESTIN DI TEBING BARAT DITAHAN DALAM TEMPOH 4 HARI LALU

260 RAKYAT PALESTIN DI TEBING BARAT DITAHAN DALAM TEMPOH 4 HARI LALU

213
0

RAMALLAH: Tentera Israel menahan 260 rakyat Palestin dari tebing barat yang didudukinya dalam tempoh empat hari lalu ketika jeda kemanusiaan sementara berkuat kuasa di Gaza.

Agensi Anadolu melaporkan, persatuan tahanan palestin berkata, ketika perjanjian jeda kemanusiaan di Gaza termasuk pembebasan 150 rakyat palestin, tentera Israel menahan 260 rakyat palestin dari tebing barat termasuk Baitulmaqdis timur yang diduduki dalam tempoh empat itu.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, Israel dijangka membebaskan kumpulan keempat dan terakhir daripada 150 tahanan Palestin.

Ia sebagai pertukaran untuk membebaskan 50 warga Israel secara berkumpulan selama empat hari ketika tempoh jeda kemanusiaan itu.

Amani Sarahneh dari persatuan tahanan Palestin memberitahu Agensi Anadolu bahawa kempen penangkapan Israel ke atas Palestin termasuk mensabotaj ahli isi rumah mereka.

Tindakan lain dilakukan adalah menyerang tahanan dan ahli keluarga mereka.

Tambah Amani sejak 7 oktober, Israel menahan 3,260 rakyat Palestin dari tebing barat.

Ketegangan memuncak di tebing barat sejak perang tercetus 7 oktober lalu antara kumpulan Palestin dan Israel di Gaza.

Menurut kementerian kesihatan Palestin, seramai 237 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel di tebing barat, manakala lebih 2,950 lagi rakyat Palestin dilaporkan cedera.

Jeda kemanusiaan selama empat hari antara tentera Israel dan Palestin berkuat kuasa jumaat lalu tetapi Hamas pada isnin mengesahkan tempoh itu dilanjutkan untuk 48 jam atau dua hari lagi. -Agensi, HMetro Online-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here