Home Luar Negara 20 KANAK-KANAK KOREA SELATAN PEGANG JAWATAN CEO

20 KANAK-KANAK KOREA SELATAN PEGANG JAWATAN CEO

118
0

Seoul: Sepanjang lima tahun lalu, 20 kanak-kanak memperoleh lebih daripada 100 juta won (kira-kira RM318,196) setahun sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) di Korea Selatan.

Ia termasuk seorang kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

The Korea Herald melaporkan, menurut data daripada Perkhidmatan Insurans Kesihatan Kebangsaan yang diserahkan kepada Jin Sun-mee daripada pembangkang utama iaitu Parti Demokratik Korea, terdapat 360 pemilik perniagaan di bawah umur 19 tahun setakat Ogos lalu.

Data berkenaan hanya meliputi mereka yang berdaftar sebagai pemilik perniagaan di bawah sistem insurans kesihatan.

Dipecahkan mengikut pendapatan, data menunjukkan bahawa 20 kanak-kanak memperoleh lebih daripada 100 juta won setahun (kira-kira RM318,196).

Selain itu, data sama menyatakan 41 kanak-kanak bawah umur memperoleh antara 50 juta won (kira-kira RM159,032) dan 100 juta won (kira-kira RM318,196), serta 299 golongan bawah umur itu memperoleh kurang daripada 50 juta won (kira-kira RM318,196) .

Kelab 100 juta won itu termasuk 12 individu berumur 11 hingga 15 tahun; lima remaja bawah umur 16 hingga 17 tahun; dua berumur enam hingga 10 tahun dan seorang lagi bawah lima tahun.

Seoul mempunyai bilangan terbesar perniagaan ‘milik’ kanak-kanak iaitu sebanyak 231, diikuti oleh wilayah Gyeonggi (61), Incheon (22), Busan (18) dan wilayah Jeolla Utara (sembilan).

Jin bagaimanapun menggesa peraturan yang lebih ketat untuk menghalang penubuhan perniagaan yang dimiliki oleh golongan bawah umur sebagai cara untuk mengelak cukai warisan.

“Ini bukan hanya isu terpencil untuk beberapa individu, tetapi mencerminkan ketidaksamaan pendapatan yang meluas di seluruh masyarakat,” katanya. – AGENSI, HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here