Home Luar Negara 10,000 ULAR AKAN DILEPASKAN UNTUK LINDUNGAN SAWAH PADI DARIPADA TIKUS

10,000 ULAR AKAN DILEPASKAN UNTUK LINDUNGAN SAWAH PADI DARIPADA TIKUS

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia di Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, merancang untuk melepaskan 10,000 ekor ular tidak berbisa ke sawah padi bagi membanteras serangan tikus yang mengancam hasil tanaman.

Memetik laporan Bernama menerusi Harian Metro, ular berkenaan, dikenali penduduk tempatan sebagai ‘koros’ dan ‘lanang sapi’, tidak berbahaya kepada manusia serta bertindak sebagai pemangsa semula jadi, sekali gus mengurangkan kebergantungan petani terhadap racun perosak kimia.

Bupati Indramayu, Lucky Hakim mengetuai pelepasan ratusan ular di bawah program “Ular: Sahabat Petani” di Kecamatan Sindang pada Sabtu.

“Ular berkesan mengurangkan tikus di sawah dan melindungi hasil tuaian tanpa menjejaskan alam sekitar,” katanya menurut kenyataan Jabatan Penerangan Indramayu.

Pihak berkuasa turut memberi panduan kepada petani mengenai cara mengendalikan ular berkenaan.

Kawasan tanaman padi di Indramayu, yang merupakan antara pengeluar padi terbesar di Jawa Barat, meliputi 212,297 hektar tahun lalu.

Para petani menyambut baik inisiatif itu selepas mengetahui manfaat ekologinya, khususnya memandangkan kerugian tanaman akibat tikus masih menjadi cabaran utama di rantau itu.  – BERNAMA, HMetro Online – IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here