Home Buletin Semasa ZORO KETAKUTAN PERTAMA KALI SERTAI CAT WALK

ZORO KETAKUTAN PERTAMA KALI SERTAI CAT WALK

149
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan IMedikel TV

BACHOK: Sepanjang usia lebih dua tahun, kucing yang dinamakan ‘Zoro’ mengalami ketakutan dan keletihan akibat pertama kali menjalani “cat walk” sejauh 1 kilometer.

Pemilik kucing, Afifah Ghazali, 27, dari Kubang Kerian, berkata, sebelum ini, dia hanya membawa kucing kesayangannya itu menaiki kereta sahaja.

Afifah Ghazali, 27, bersama kucing kesayangannya, Zoro.
“Saya hanya membawa Zoro jalan-jalan menaiki kenderaan sahaja, tapi untuk kali ini saya cuba untuk bawa dia berjalan dengan saya di kawasan luar yang penuh dengan orang awam.

“Zoro agak terkejut, takut dan kepenatan juga kerana tidak pernah mengalami situasi seperti ini,”katanya kepada pemberita selepas program Cat Walk Fun Run, di Universiti Malaysia Kelantan, di sini, hari ini.

Katanya, dia mempunyai 10 ekor kucing yang dipelihara sejak usia 8 tahun.

Menurut Afifah, kucing itu sering kali membuat dirinya selesa dan menjadi peneman hidupnya ketika sunyi.

Selain itu, sepanjang cat walk, Afifah berkata dia kerap berhenti untuk memastikan kucingnya yang berada di dalam beg kucing dalam keadaan selesa dan tidak kepanasan.

“Sebagai pencinta kucing, saya tertarik untuk menyertai program ini untuk mencari pengalaman berjalan bersamanya sekaligus meluangkan masa bersama kucing kesayangan saya ini,”katanya.

Jelasnya, dia bersama tiga rakannya Ardini Ariff, 21, Faris Zahari, 23, dan Aiman Afiq Abd Ghani, 24, membawa kucing masing-masing menyertai program tersebut.

Afifah Ghazali, 27, bersama tiga rakan pencinta kucing Ardini Ariff, 21, Faris Zahari, 23, dan Aiman Afiq Abd Ghani, 24 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok.

Afifah berharap, program seperti itu akan menjadi program tahunan yang akan diadakan khusus buat pencinta kucing.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here