Home Hiburan YUSRY GESA PEMINAT WASPADA AKAUN MEDIA SOSIAL PALSU

YUSRY GESA PEMINAT WASPADA AKAUN MEDIA SOSIAL PALSU

69
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi, pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim menggesa orang ramai dan peminatnya agar lebih berwaspada dengan kewujudan akaun media sosial palsu yang menyamar menggunakan namanya.

Memetik laporan Harian Metro, Yusry, 53, mendedahkan perkara itu menerusi satu hantaran di Threads selepas mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan terhadap orang lain.

“Salam semua. Saya diberitahu ada akaun palsu yang menggunakan nama saya. Hati-hati ya. Mereka ialah ‘scammer’ (penipu),” tulisnya.

Menurut anggota kumpulan KRU itu, akaun palsu berkenaan kelihatan hampir sama dengan akaun rasminya kerana menggunakan gambar profil dan menyalin kandungan yang sama daripada media sosial miliknya.

“Gambar profil dan kandungan mereka curi daripada akaun sebenar saya. Sekali imbas memang nampak seperti akaun saya. Perhatikan ejaannya,” tulisnya.

Sehubungan itu, Yusry mengingatkan orang ramai agar meneliti terlebih dahulu ejaan nama pada akaun yang ingin diikuti bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan pihak terbabit. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here