Home Buletin Semasa YPM BANTU 2,314 PELAJAR BUMIPUTERA ASNAF, ORANG ASLI DI KELANTAN

YPM BANTU 2,314 PELAJAR BUMIPUTERA ASNAF, ORANG ASLI DI KELANTAN

226
0

Oleh: Afrizam Arif, Imedikel TV

GUA MUSANG: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) menghulur bantuan meluas terhadap 2,314 pelajar Bumiputera di Kelantan termasuk Gua Musang menerusi peruntukan RM275,675 hingga Julai tahun ini.

Pengerusi YPM Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, jumlah keseluruhan bantuan YPM bagi Program Semai Kasih Komuniti Orang Asli pula sebanyak RM18,900 termasuk program yang dilaksanakan sebelum ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulat melibatkan 46 pelajar Orang Asli.

“Bantuan ini adalah sebahagian program tanggung jawab korporat sosial (CSR) dan usaha YPM bagi membantu komuniti Orang Asli di Gua Musang untuk mendapatkan pendidikan berkualiti.

“Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui agensi-agensi di bawahnya amat serius memberi penekanan terhadap pembangunan pendidikan di kawasan luar bandar dan pedalaman, khususnya terhadap pelajar asnaf dan golongan berpendapatan rendah (B40),” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Seramai 120 pelajar Orang Asli SK Tohoi, di sini, semalam menerima bantuan tunai sebanyak RM100 seorang, berjumlah RM12,000 bagi tujuan menyuntik motivasi seterusnya meningkatkan taraf pendidikan dan sosio ekonomi.

Menurutnya program itu dilaksanakan khusus kepada pelajar Bumiputera B40 dan asnaf di daerah Gua Musang.

Katanya peranan agensi dan jabatan di bawah kementerian seperti MARA serta YPM akan terus dilibatkan bagi meningkatkan akses pendidikan kepada masyarakat secara berterusan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here