Home Sukan BEREGU CAMPURAN REPUBLIK CZECH RAIH EMAS TENIS OLIMPIK

BEREGU CAMPURAN REPUBLIK CZECH RAIH EMAS TENIS OLIMPIK

185
0

PARIS: Pasangan tenis Republik Czech, Tomas Machac dan Katerina Siniakova bangkit daripada ambang kekalahan untuk meraih pingat emas beregu campuran di Sukan Olimpik Paris selepas menumbangkan China di final.

Siniakova dan Machac dipaksa bekerja keras sepanjang aksi selepas Wang Xinyu dan Zhang Zhizhen memberi saingan sengit sebelum akhirnya kemenangan berpihak pasangan Republik Czech itu dengan 6-2 5-7 10-8.

Dalam aksi itu, pemain China memberi tekanan hingga mengheret aksi ke ‘tiebreak’.

“Mereka (pasangan China) memberi kesukaran kepada kami khususnya di peringkat ‘tiebreak’ yang cukup mendebarkan. Tapi akhirnya kekuatan mental memisahkan kami.

“Kami berjuang hingga titisan terakhir,” kata Siniakova, juara beregu Grand Slam sembilan kali kepada pemberita.

Untuk rekod, Siniakova turut pernah memenangi pingat emas Olimpik di Tokyo 2020 lalu dalam acara beregu Wanita.

“Saya tidak suka membandingkan kerana setiap trofi, setiap pingat benar-benar menakjubkan dan mempunyai emosi yang berbeza, perasaan yang berbeza.

“Saya bangga dan saya gembira kerana kami boleh meraih pingat dan menang emas,” kata Siniakova lagi.

Sementara itu, pasangan dari Kanada, Felix Auger-Aliassime dan Gabriela Dabrowski memenangi pingat gangsa selepas membenam pasangan Belanda, Demi Schuurs dan Wesley Koolhof. – REUTERS, HMetro Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here