Home Hiburan YANTZEN TAK MENARUH HARAPAN WANG DIKEMBALIKAN, ENGGAN GUNA QR

YANTZEN TAK MENARUH HARAPAN WANG DIKEMBALIKAN, ENGGAN GUNA QR

KUALA LUMPUR: Penyanyi Yantzen Juniwan, 68, tidak menaruh harapan wangnya yang hilang akibat aplikasi akaun QR perbankan digodam oleh scammer baru-baru ini digantikan semula.

Memetik laporan harian Metro, Yantzen berkata, dia sudah berkunjung ke bank dimana akaunnya dibuka untuk mendapatkan penyata seperti arahan pihak polis untuk membantu siasatan.

“Saya tak berharap pun. Namun saya tinggalkan amaran dan mohon agar mereka (bank) bertindak menjalankan siasatan dengan segera dan jujur demi menjaga hak rakyat dan mangsa-mangsa lain termasuk saya.

“Satu pelanggan pun amat bawa makna. Kalau saya akhiri dan tamatkan akaun simpanan dengan bank tersebut, ramai akan menyusul mengikut seperti langkah saya,” katanya kepada Harian Metro.

Yantzen berkata, mungkin kejadian yang menimpanya adalah kes pertama dan tidak mustahil ia boleh berlaku kepada orang lain.

“Saya nak katakan bahawa perbuatan ini adalah keji dan sesiapa yang ada aplikasi QR, sila berhati-hati. Saya sendiri dah mansuhkan dan tak nak guna lagi.

“Sebab bila-bila masa saja, benda ini boleh terjadi sebab penggodam ini ada cara untuk curi wang kita. QR ini digunakan untuk beli barang.

“Tapi saya tengok akaun saya, masa bila pula saya guna sebab saya tengok transaksi berlaku pada jam 3 hingga 4 pagi. Kalau betul, apa saya buat waktu orang tidur saya nak beli barang.

“Itulah sebabnya saya tak nak gunakan QR. Saya dulu kat Singapura, saya pakai kad ATM dan tanpa cash. Tapi ini dengan hanya aplikasi QR mereka boleh sedut duit kita sampai habis,” katanya.

Terdahulu penyanyi lagu Insan ini menghubungi Harian Metro bagi meluahkan kekecewaannya apabila aplikasi akaun QR miliknya digodam oleh scammer sejak 7 Ogos lalu.

Perkara ini disedarinya apabila mendapati wangnya yang disimpan di sebuah bank terkenal semakin berkurangan.

Yantzen seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis Batu 9 Hulu Langat. Kesnya kini disiasat membabitkan kerjasama bank, polis dan Cyber999. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here