Home Sukan WESLEY CEDERA, BRAZIL PANGGIL EDERSON

WESLEY CEDERA, BRAZIL PANGGIL EDERSON

NEW JERSEY: Pencarian Brazil untuk mendapatkan bek kanan yang mantap menerima tamparan baharu apabila Wesley digugurkan daripada skuad Piala Dunia selepas cedera otot paha kiri, manakala pemain tengah Atalanta BC, Ederson dipanggil sebagai pengganti.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, pemain pertahanan AS Roma itu, satu-satunya bek kanan tulen dalam skuad 26 pemain kendalian Carlo Ancelotti, mengalami kecederaan ketika Brazil menewaskan Mesir 2-1 dalam aksi persahabatan di Cleveland semalam, menurut kenyataan Persekutuan Bola sepak Brazilian (CBF).

Ancelotti kini perlu mencari penyelesaian di posisi bek kanan dengan menggunakan pemain pertahanan serba boleh seperti Danilo dan Ibanez menjelang aksi pembukaan Kumpulan C menentang Maghribi pada Sabtu ini.

“Hasil imbasan MRI mengesahkan terdapat kecederaan otot pada bahagian adductor paha kiri beliau,” kata CBF dalam satu kenyataan.

“CBF amat kesal dengan kecederaan ini. Wesley pemain yang sangat disenangi dalam skuad dan akan sentiasa dianggap sebahagian daripada pasukan ini dalam usaha memburu gelaran Piala Dunia keenam.”

CBF turut mengesahkan Ederson akan menyertai kem latihan pasukan di Amerika Syarikat hari ini.

Juara dunia lima kali itu akan berdepan Maghribi, Haiti dan Scotland dalam saingan Kumpulan C.-Reuters, HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here