Home Buletin Semasa WARGA EMAS DISYAKI BUNUH ISTERI DIREMAN ENAM HARI

WARGA EMAS DISYAKI BUNUH ISTERI DIREMAN ENAM HARI

54
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TANAH MERAH: Seorang warga emas berusia 63 tahun direman enam hari bermula hari ini hingga Ahad untuk membantu siasatan kerana disyaki membunuh isterinya di Kampung Paku, Gual Ipoh, pagi semalam.

Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini membenarkan perintah reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek memakai baju lokap ungu tiba di perkarangan mahkamah menaiki kereta polis pada jam 9.25 pagi.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditahan selepas menyerah diri di balai polis kerana menikam isterinya, Mastura Abdullah, 40, dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh, di sini, kira-kira jam 10 pagi, semalam.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here