Home Buletin Semasa SARA MYKASIH: SENARAI BARANGAN, CARA TEBUS DAN LOKASI PASARAYA

SARA MYKASIH: SENARAI BARANGAN, CARA TEBUS DAN LOKASI PASARAYA

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Ramai penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini menggunakan kemudahan MyKasih, namun masih ada yang keliru tentang barangan yang dibenarkan, cara penebusan dan pasar raya terlibat.

Menariknya, kesemua pembelian hanya menggunakan MyKad tanpa tunai atau kad lain. Dengan nilai RM100 sebulan, penerima boleh membeli barangan keperluan asas yang disenaraikan di lebih 1,200 pasar raya seluruh negara.

Antara 13 kategori barangan MyKasih yang diluluskan ialah:

1. Roti
2. Telur
3. Minyak masak
4. Tepung
5. Biskut
6. Mi segera
7. Beras
8. Makanan dalam tin (sardin, tuna, kacang panggang)
9. Minuman (susu, Milo, teh, Nescafe)
10. Bahan perasa (sos, kicap, gula, garam)
11. Produk kebersihan diri (ubat gigi, sabun mandian, tuala wanita)
12. Ubat-ubatan (Panadol, ubat batuk diluluskan KKM)
13. Barangan sekolah (seragam, kasut, beg, alat tulis)

Cara menggunakan MyKad untuk pembayaran:
1. Kunjungi pasar raya terpilih MyKasih.
2. Pilih barangan keperluan mengikut kategori yang dibenarkan.
3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
4. Juruwang akan mengimbas barangan yang dipilih.
5. Jumlah pembelian akan ditolak terus daripada baki RM100.

Jika masih berbaki, nilai tersebut boleh digunakan untuk pembelian seterusnya dalam tempoh ditetapkan.

Antara rangkaian pasar raya yang menyokong MyKasih ialah Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus’s, Lulu Hypermarket serta beberapa pasar raya dan pasar mini bebas yang terpilih. Senarai penuh pasar raya berbeza mengikut kawasan dan boleh disemak melalui aplikasi MyKasih.

Semakan baki MyKasih
1. Muat turun aplikasi MyKasih di App Store atau Google Play.
2. Klik butang Next untuk pengenalan aplikasi.
3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang.
4. Masukkan nombor telefon bimbit.
5. Tandakan pada kotak persetujuan syarat.
6. Klik Next.
7. Status bantuan SARA MyKasih akan dipaparkan.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, penerima boleh menghubungi talian bantuan di 03-8882 4565 / 4566, laman web https://mykasih.com.my/contact-us serta E-mel di info@mykasih.com.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here