BAGHDAD: Seorang wanita yang dipercayai individu tertua di dunia meninggal dunia di Dhi Qar, selatan Iraq minggu lalu.
Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro, menurut sijil kematiannya, Madloula Manhal Mohammed meninggal dunia pada usia 138 tahun.
Dokumen itu yang dikeluarkan pihak berkuasa Iraq, menyatakan Madloula dilahirkan pada 1 Julai 1885, dan jika maklumat itu tepat, dia dianggap individu tertua yang diketahui sejarah dunia.
Bagaimanapun, tuntutan itu masih belum disahkan agensi bebas mahupun pihak berkuasa rekod dunia.
Walau tidak disahkan, umur Madloula melepasi umur individu tertua yang pernah diiktiraf iaitu Jeanne Calment dari Perancis, yang hidup sehingga 122 tahun dan 164 hari.
Rekod Calment disahkan dan diterima secara meluas oleh ahli gerontologi dan penyelidik pelbagai bidang berkaitan.
Hidup melebihi tiga abad, Madloula pernah menyaksikan peristiwa sejarah ulung, termasuk kejatuhan Empayar Uthmaniyah, kedua-dua Perang Dunia, pembentukan Iraq moden dan banyak peristiwa penting lain di dunia.
– AGENSI, HMETRO ONLINE –
IMedikel TV






