Home Luar Negara UK MULAKAN INKUIRI KES PEMBUNUHAN TANPA PENGADILAN DI AFGHANISTAN

UK MULAKAN INKUIRI KES PEMBUNUHAN TANPA PENGADILAN DI AFGHANISTAN

LONDON: Sesi pendengaran secara terbuka inkuiri berhubung dakwaan pasukan khas British melakukan pembunuhan tanpa pengadilan di Afghanistan lebih sedekad lalu, bermula hari ini.

Memetik laporan REUTERS menerusi Berita Harian, siasatan bebas itu diarahkan oleh Kementerian Pertahanan Britain pada Disember lalu selepas dokumentari yang dilaporkan oleh TV BBC memaparkan askar elit Perkhidmatan Udara Khas (SAS) membunuh 54 orang dalam keadaan yang mencurigakan di Afghanistan.

Siasatan itu juga dilakukan selepas dua waris mangsa menuduh pasukan SAS melakukan pembunuhan terhadap saudara mereka pada 2011 dan 2012, seterusnya menuntut semakan kehakiman terhadap kes berkenaan.

“Anak guam kami berharap dengan siasatan yang dilakukan ini, akan berakhirnya ‘segala rahsia’ dan halangan yang dihadapi oleh mereka sejak sedekad lalu,” kata Tessa Gregory dari firma guaman di Leigh Day, yang mewakili 29 keluarga mangsa pembunuhan berkenaan.

Kebanyakan keluarga mangsa mahu siasatan itu mendedahkan kebenaran mengenai pembunuhan itu serta mahu pelaku bertanggungjawab atas kejadian yang menimpa keluarga mereka.

Pengerusinya, Charles Haddon Cave, berkata siasatan itu akan mengkaji sama ada terdapat aktiviti menyalahi undang-undang oleh anggota tentera British antara pertengahan 2010 dan pertengahan 2013.

Ini berkaitan tindakan semasa ‘operasi penahanan yang disengajakan’, dan sama ada terdapat maklumat yang boleh dipercayai mengenai pembunuhan berkenaan.

Ia juga bagi melihat sama ada penyiasatan oleh polis tentera itu dijalankan dengan betul dan sama ada pembunuhan yang menyalahi undang-undang telah ditutup untuk mengelakkannya daripada diketahui.

Polis tentera British sebelum ini sudah menjalankan beberapa siasatan berhubung dakwaan salah laku oleh tentera di Afghanistan, termasuk yang dibuat terhadap SAS, tetapi Kementerian Pertahanan berkata tiada bukti mencukupi untuk pendakwaan.

Walaupun perbicaraan akan berlangsung secara terbuka, beberapa bukti yang berkaitan dengan pasukan khas akan dihadkan atas alasan keselamatan negara.

Sebelum ini, salah seorang waris keluarga yang dibunuh, Mansoud Aziz, berkata beliau tidak faham mengapa rumahnya diserbu oleh warga asing dengan abang serta kakak iparnya dibunuh ketika sedang tidur manakala dua anaknya cedera parah dalam kejadian itu.

Beliau ingin mengetahui mengapa rumahnya diserbu dan meminta supaya mahkamah mendengar kata kanak-kanak terbabit dan membawanya pelaku ke muka pengadilan.

– REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here