Home Buletin Semasa UJIAN KAWALAN DOPING DALAM PERTANDINGAN

UJIAN KAWALAN DOPING DALAM PERTANDINGAN

212
0

KUALA LUMPUR: Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) memaklumkan sampel pengujian kawalan doping dalam pertandingan (In-Competition Testing) yang diambil semasa Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2023 telah didapati positif atau Adverse Analytical Finding (AAF).

Menurut kenyataan media Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pengesahan keputusan telah diterima dari Makmal Anti-Doping, Doha, Qatar (ADLQ) bagi analisis sampel atlet olahraga berkenaan dengan penemuan bahan terlarang dalam sampel berkenaan iaitu dalam kelas S.6 Stimulants- sibutramine.

Sibutramine merupakan bahan yang disenaraikan dalam senarai bahan yang dilarang penggunaannya sewaktu pertandingan oleh World Anti Doping Agency (WADA).

Atlet akan digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan atau pertandingan lain sehingga keputusan proses pendengaran diumumkan.

Dalam tempoh ini, atlet akan diberi peluang untuk mempertahankan diri dan memberikan sebarang bukti untuk menyokong pembelaan beliau.

Keseluruhan proses akan dijalankan dengan telus dan mengikut peraturan anti-doping yang ditetapkan.

Setiap atlet harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang terdapat dalam sampel urin dan/atau sampel darah mereka yang diambil semasa pengujian kawalan doping, tidak kira sama ada atlet itu secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan bahan atau kaedah terlarang.

Oleh itu, adalah penting bahawa atlet dan Kakitangan Sokongan Atlet mengetahui peraturan dan memahami tanggungjawab mereka di bawah Kod Anti-Doping Dunia.

Pihak ADAMAS akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan kepada ADAMAS Anti-Doping Rules 2021 dan International Standard for Results Management (ISRM).

Sumber Kementerian Belia dan Sukan

Kredit HMetro

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here