Home Luar Negara TUNISIA TOLAK JADI PENGAWAL SEMPADAN EROPAH

TUNISIA TOLAK JADI PENGAWAL SEMPADAN EROPAH

165
0

TUNIS: Ini susulan kenyataan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, bahawa mereka akan menawarkan bantuan ketika Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dan Ketua Suruhanjaya Kesatuan Eropah, Yrsula Von Der Leyen melakukan lawatan berikutan tunisia menghadapi krisis dalam kewangan awamnya.

“Penyelesaian itu tidak akan membantu Tunisia, kita tidak boleh menjadi pengawal untuk negara mereka.” – KAIS SAIED, Presiden Tunisia

Saied berkata ketika melawat bandar pelabuhan sfax, tempat berlepas utama migran yang ingin sampai ke itali dengan bot.

Dilaporkan, jumaat lalu, agensi penarafan kredit fitch menurunkan hutang Tunisia lebih dalam dan menekankan kemungkinan ia akan gagal membayar pinjaman, menyebabkan kejatuhan dalam kewangan negara yang boleh menyebabkan kesukaran teruk.

Berikutan itu, negara eropah bimbang ia akan menambah lonjakan besar dalam penghijrahan merentas mediterranean tahun ini, terutamanya dari Tunisia.

Pakej penyelamat tabung kewangan antarabangsa (IMF) juga sudah terhenti selama berbulan-bulan apabila saied menolak pembaharuan ekonomi yang diperlukan untuk membuka kunci pinjaman.

Negara-negara penyumbang mendesaknya untuk menukar taktik dan itali menggesa imf untuk memuktamadkan pinjaman itu.

Dilaporkan, lintasan mediterranean yang berbahaya meningkat selepas Saied mengumumkan tindakan keras terhadap migran Sub-Sahara pada februari menggunakan bahasa yang dikecam oleh kesatuan afrika sebagai perkauman. 

Sumber BH Online & REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here