Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dilaporkan meninggal dunia pada usia 100 tahun kira-kira jam 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Perkara itu disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Allahyarhamah adalah antara doktor wanita terawal di Malaysia dan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Allahyarhamah dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang, Selangor, berusia 100 tahun pada Julai lalu.
Pemergian Allahyarhamah meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga serta masyarakat yang mengenali jasa dan sumbangan beliau dalam bidang perubatan serta kemasyarakatan.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarhamah.
Al-Fatihah.
IMedikel TV






