Home Luar Negara TIMBALAN GABENOR AFGHANISTAN MAUT SERANGAN BOM KERETA

TIMBALAN GABENOR AFGHANISTAN MAUT SERANGAN BOM KERETA

162
0

KABUL: Timbalan Gabenor Wilayah Badakhshan, Afghanistan terbunuh dalam letupan kereta hari ini, kata jurucakap wilayah itu.

“Nissar Ahmad Ahmadi, bersama pemandunya, terbunuh dan enam orang awam cedera,” kata Ketua Pejabat Penerangan Badakshan, Mahzudeen Ahmadi, sebuah wilayah di utara negara itu yang berkongsi sempadan dengan China dan Tajikistan.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak dipastikan pihak yang bertanggungjawab di sebalik pengeboman itu yang disifatkan sebagai letupan atau serangan besar pertama yang diketahui ke atas pegawai Taliban di Afghanistan dalam tempoh beberapa minggu ini.

Pentadbiran Taliban melakukan serbuan terhadap anggota DAESH, yang mendakwa melakukan beberapa serangan besar di pusat bandar termasuk Kabul.

Negara Islam (IS) juga menyasarkan pegawai pentadbiran Taliban, termasuk mendakwa pembunuhan gabenor wilayah Balkh utara dalam serangan ke atas pejabatnya pada Mac lalu.

Sumber BH Online & REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here