Home Buletin Semasa TIGA BERADIK MAHU CIPTA KEJAYAAN BERSAMA DI UMPSA

TIGA BERADIK MAHU CIPTA KEJAYAAN BERSAMA DI UMPSA

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: “Cadangan ibu berjaya meletakkan kami tiga beradik menyambung pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda dibawah satu bumbung.

“Hari ini saya dan kembar, Nur Alya Syazwina serta adik, Nur Alya Syafiqah, 19, menjadi penuntut baharu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA),” kata Nur Alya Syazwali Ahmad Jafri, 21.

Mereka antara 2,618 penuntut baharu yang mendaftar menyambung pengajian di UMPSA kampus Paya Besar dan UMPSA kampus Pekan, semalam.

Nur Alya Syazwali berkata, mereka bertiga memilih untuk menyambung pengajian di UMPSA selepas mendapat nasihat serta cadangan ibu, Raja Suiza Raja Hashim, 49, yang berpendapat jarak rumah mereka di Kemaman, Terengganu dengan UMPSA tidak terlalu jauh.

“Perjalanan yang mengambil masa kira-kira sejam setengah itu memberi peluang kepada keluarga untuk datang menjenguk kami setiap minggu, faktor berkenaan antara sebab ibu memilih UMPSA berbanding universiti lain dan kami akur.

“Kami adik beradik tidak sanggup membantah cadangan ibu, justeru dengan rendah diri dan reda kami memilih UMPSA untuk menyambung pengajian dalam bidang masing-masing. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini.

“Sebagai anak pertama daripada tujuh beradik saya dan Nur Alya Syazwina perlu menjadi contoh kepada adik-adik lain, perlu sentiasa patuh pada ibu yang telah banyak berkorban sebelum ini,” katanya yang sebelum ini belajar di Kolej Vokasional (KV) Kemaman.

Nur Alya Syazwal berkata, dia dan kembarnya memutuskan untuk memilih jurusan binaan di UMPSA bagi meneruskan kemahiran yang dimiliki ketika belajar di KV Kemaman.

“Kami memang berminat dalam bidang binaan walaupun mungkin lebih mencabar berbanding jurusan lain.

“Difahamkan saya dan Nur Alya Syazwina berada di UMPSA kampus Paya Besar, di sini dan adik, Nur Alya Syafiqah pula di UMPSA kampus Pekan di Kuala Pahang. Walaupun berbeza lokasi tempat belajar namun kami tetap berbangga dapat belajar dibawah satu bumbung.

“Ini kali pertama berjauhan dengan keluarga tidak akan menjejaskan tumpuan saya dan adik meneruskan misi memiliki segulung ijazah yang diidamkan selama ini,” katanya yang mengimpikan untuk bertugas dalam sektor swasta.

Bagi Nur Alya Syafiqah yang sebelum ini belajar di Kolej Komuniti Pahang, berkata dia bersyukur permohonan untuk melanjutkan pengajian di UMPSA akhirnya menjadi kenyataan. 

Katanya ia lebih bermakna kerana dapat belajar bersama kakak kembar di bawah universiti sama.

“Sebelum ini saya hanya berpeluang melihat dari jauh UMPSA, namun hari ini saya merasa bertuah menjadi antara pelajar universiti berkenaan yang terkenal dalam bidang teknologi kejuruteraan.

“Saya memilih jurusan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Minyak dan Gas), insyaalah selepas tamat pengajian nanti mungkin berpeluang bertugas dengan syarikat petroleum yang ada di negara ini,” kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Sementara itu, Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, berkata dia berpeluang menyambut dan bertemu dengan pelajar baharu yang ditemani keluarga mendaftar di UMPSA Paya Besar semalam, mereka kelihatan begitu teruja menjejakkan kaki ke menara gading.

“Kita menyediakan pelbagai kemudahan bagi melancarkan lagi proses pendaftaran seterusnya kemasukan ke asrama, UMPSA kampus Paya Besar dan UMPSA kampus Pekan menerima kemasukan pelajar secara serentak,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here