Home Sukan TERENGGANU, PENANG KONGSI MATA

TERENGGANU, PENANG KONGSI MATA

GEORGETOWN: Penang FC sekali lagi terpaksa berpuas hati mengutip satu mata selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Terengganu FC pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya sebentar tadi.

Perlawanan bermula jam 8.15 malam itu agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengasak dan melancarkan serangan bertali arus untuk meletakkan pasukan mereka di hadapan.

Terengganu hampir mencetak gol pertama pada minit ke-38 menerusi Manuel Ott namun percubaan pemain tengah asal Filipina itu tidak dikira kerana ofsaid.

Gol hasil hantaran lintang kapten pasukan, Safawi Rasid itu dikira ofsaid memandangkan kedudukannya melebihi pemain lawan menyebabkan pembantu pengadil mengangkat bendera tanpa perlu menyemak Video Bantuan Pengadil (VAR).

Pada minit ke-68 jaringan Penang FC pula dibatalkan pengadil S Logeswaran selepas penyerang pasukan itu, Mohammad Nabil Ahmad Latpi menanduk keluar bola yang sudah ditangkap penjaga gol, Syed Muhammad di pintu gawang.

Keputusan kekal hingga tamat permainan. – BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here