Home Buletin Semasa TAK MAMPU BAYAR YURAN PENDAFTARAN

TAK MAMPU BAYAR YURAN PENDAFTARAN

151
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR PEKAN: Melanjutkan pelajran ke peringkat lebih tinggi adalah impian setiap orang.

Begitu juga impian anak sulung daripada tiga beradik, Nik Najihah Sofiya Abdul Hafiz, 18, dari Kampung Surau, di sini.

Najihah memperoleh keputusan yang agak baik dan mendapat tawaran untuk sambung belajar.

“Saya dapat tawaran untuk mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat di Politeknik Sultan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu.

“Sepatutnya saya perlu mendaftar diri di politeknik tersebut pada 28 Julai depan,”katanya.

Bagaimanapun, ibu Najihah, Nik Norshariani yang bekerja sebagai jurujual dan mempunyai pendapatan tidak seberapa tidak mampu untuk menyediakan keperluannya untuk mendaftar di politeknik tersebut.

Najihah berkata ibunya yang juga ibu tunggal perlu menampung perbelanjaan adik-adiknya yang lain.

“Ibu bergelar ibu tunggal sejak 14 tahun lalu. Saya memang nak sambung belajar untuk bantu ibu dan adik beradik lain.

“Untuk yuran pendaftaran di politeknik adalah sebanyak RM600, dan saya memerlukan keperluan lain seperti laptop dan keeprluan lain yang berpatutan untuk mendaftar nanti,”katanya.

Menurut Najihah, dia sekeluarga kini menumpang di rumah neneknya yang juga pesakit kanser usus tahap empat dan sedang menjalani rawatan di hospital.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here