Home Buletin Semasa SUSPEK UTAMA KES BUNUH LELAKI ROHINGYA DITAHAN, DAKWA ‘ARAHAN TUHAN’

SUSPEK UTAMA KES BUNUH LELAKI ROHINGYA DITAHAN, DAKWA ‘ARAHAN TUHAN’

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Suspek utama kes bunuh remaja Rohingya mendakwa menerima arahan daripada Tuhan sebelum membunuh rakannya menggunakan sebilah parang di sebuah rumah kongsi berhampiran tanah perkuburan Islam dekat Taman Desa Kujid, Kampung Pok Boh di sini Jumaat lalu. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan semalam di sebuah rumah sewa di Pasir Mas bagi membantu siasatan.

“Pihak kami akan mendapatkan penilaian lanjut berkaitan kenyataan suspek yang mendakwa tindakannya dilakukan atas “arahan Tuhan”.

“Kita ambil dia semalam, dia kata arahan Tuhan. Tapi dia macam tak betul lah.Kita akan mendapatkan pandangan pakar bagi menentukan keadaan sebenar suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini. 

Menurutnya, suspek dan mangsa dipercayai bekerja di tempat yang sama dan tinggal bersama di rumah kongsi tersebut.

Beliau berkata, siasatan mendapati setakat ini tiada pergaduhan atau pergelutan dilaporkan sebelum kejadian, manakala mangsa ketika itu dikatakan sedang berehat.

“Suspek mungkin berhalusinasi dan suspek utama ini bekerja di lokasi sama dengan mangsa.

“Ketika kejadian tiada sebarang pergaduhan atau pergelutan berlaku, sebaliknya ketika itu mangsa sedang berehat sebelum didatangi suspek dan terus menetak mangsa dengan sebilah parang,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati setakat ini tiada pergaduhan atau pergelutan dilaporkan sebelum kejadian, manakala mangsa ketika itu dikatakan sedang berehat.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menyiasat secara terperinci kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) milik suspek yang ditahan kerana dikhuatiri palsu.

“Ini kerana tiga kad UNCHR milik mereka mempunyai tarikh lahir yang sama, tetap terdapat perbezaan tahun, jadi kita akan siasat secara terperinci,” katanya.

IMedikel TV sebelum ini melaporkan seorang remaja lelaki etnik Rohingya berusia 18 tahun ditemui tidak sedarkan diri dengan kecederaan hirisan dan tetakan pada leher dalam kejadian di sebuah rumah kongsi berhampiran tanah perkuburan Islam di Taman Desa Kujid, Kampung Pok Boh, di sini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here