Home Segmen Kesihatan SUKAR TIDUR MALAM, ANDA MUNGKIN HIDAP INSOMNIA

SUKAR TIDUR MALAM, ANDA MUNGKIN HIDAP INSOMNIA

181
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ramai yang mempunyai masalah kesukaran untuk tidur.  Seseorang yang mengalami masalah tidur Ini dipanggil insomnia.

Insomnia adalah masalah tidur yang paling kerap dialami dibawah kategori kecelaruan tidur-jaga (sleep-wake disorder).

Insomnia merupakan satu masalah dimana individu menghadapi kesukaran untuk mulakan tidur, kerap terjaga semasa tidur, terjaga dari tidur terlalu awal dan tidak dapat tidur semula. 

Insomnia terbahagi kepada dua jenis iaitu bergantung kepada punca masalah yang dihadapi, iaitu insomnia primer (primary) dan insomnia sekunder (secondary).

Insomnia primer adalah masalah tidur yang bukan berpunca daripada masalah kesihatan atau yang berkaitan.

Manakala insomnia sekunder  pula adalah masalah tidur yang berpunca daripada masalah kesihatan seperti semput dan pedih ulu hati, masalah psikologikal seperti kemurungan dan juga berpunca daripada pengambilan ubat atau alkohol.

Kemurungan juga boleh mengakibatkan insomnia. Manakala, kecelaruan insomnia sendiri juga boleh membawa kepada masalah psikologikal seperti perubahan dalam mood dan membawa kepada masalah-masalah lain seperti kemurungan.

Untuk rawatan, punca utama perlu dikenal pasti terlebih dahulu. Setelah punca diketahui, ianya boleh dirawat atau dibetulkan mengikut cara yang bersesuaian sama ada menerusi pendekatan perubatan mahupun bukan farmalogikal (tingkah laku).

Antara rawatan insomnia adalah:

  1. Antideprresant
  2. Pil tidur (preskripsi)
  3. Melatonin

Anda juga boleh menggunakan cara terapi kognitif tingkah laku (CBT)

  1. Keselesaan tempat tidur
  2. Teknik relaksasi
  3. Kurangkan waktu tidur siang

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here