Home Buletin Semasa SUKAN MEMANAH BOLEH ERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM

SUKAN MEMANAH BOLEH ERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM

148
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

KOTA BHARU: Sukan memanah Islam kini berkembang pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Islam menggalakkan umatnya bersukan secara kerap bagi mengekalkan tahap kecergasan diri yang seterusnya membantu untuk menunaikan ibadah dengan sempurna dan khusyuk.

Apatah lagi sukan itu sebenarnya bukan asing dalam Islam, malah Rasulullah SAW sendiri menyarankan umatnya untuk mengamalkan sukan memanah ini.

Ia dikatikan dengan sunnah Nabi Muhammad SAW yang mana sukan ini dapat memperkukuh hubungan silaturrahim antara umat Islam.

Sukan memanah adalah salah satu sukan kesukaan Nabi Muhammad SAW.

Umumnya, apa saja aktiviti bersukan atau riadah yang menyihatkan dan memberi manfaat kepada tubuh badan manusia boleh dianggap sebagai sunnah.

Memanah merupakan sukan kesukaan Nabi Muhammad SAW dan terus menjadi aktiviti yang diperjuangkan oleh umat Islam sehingga ke hari ini.

Ia turut disifatkan sebagai salah satu cara untuk mengenali orang lebih ramai pemanah di serata dunia.

Seorang pemanah, Firdaus Mustafa, 31, dari Kota Bharu berkata, sukan memanah bukan sahaja menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW, ia sekaligus dapat memperkukuh keimanan dan ukhuwah sesama pemanah.

Firdaus Mustafa, 31, menggalakkan orang ramai untuk menguasai ilmu sukan memanah.

“Memanah adalah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan untuk mempertahankan diri. Pada suatu ketika dulu, ianya disifatkan sebagai alat senjata untuk digunakan ketika berperang. Pada zaman tamadun Islam, panahan ini digunakan untuk berperang namun pada zaman sekarang, ianya lebih kepada untuk mengeratkan ukhuwah untuk menghidupkan sunnah Nabi SAW.

Katanya, selain dikaitkan dengan ilmu mempertahankan diri, ia juga memberi satu kepuasan yang hakiki kepada mereka.

Menurut Firdaus, dia juga bergerak aktif bersama dua sahabat pemanahnya, Azmi Mat Yusoh, 33, dan Fahmi Zulkifli, 30, dari kumpulan ‘Langkuik Archery’ bagi meraikan sunnah Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi pada bulan Maulidul Rasul.

Firdaus Mustafa, 31, bersama dua sahabat pemanahnya, Azmi Mat Yusoh, 33, dan Fahmi Zulkifli, 30, dari kumpulan ‘Langkuik Archery’ sedang melepaskan panahan.
“Sebenarnya memanah ini adalah sunnah untuk diamalkan bagi kesihatan tubuh badan.

“Untuk memanah ini sebenarnya untuk kita tegakkan syiar dan sunnah nabi jadi kalau di Malaysia, sukan memanah ini boleh juga disifatkan kepada olahraga,”katanya kepada pemberita ketika ditemui di kampung Berek 12, di sini, baru-baru ini.

Katanya, paling membanggakan, sudah muncul nama-nama besar menjuarai kejohanan dunia dan mampu menewaskan juara dari negara yang terlebih dahulu menguasai sukan ini.

Jelasnya, dia telah menguasai sukan memanah selama dua tahun yang mana pada awalnya hanya bermula seorang diri tanpa mempunyai guru.

Namun, dia mula agresif pada tahun ini agar lebih ramai masyarakat tertarik untuk bermain sukan itu.

“Kepuasan apabila memanah dengan kawan-kawan kita dapat mengeratkan lagi ukhuwah dan tidak semestinya di Langkuik Archery sahaja.

“Sukan memanah ini patut diterapkan kepada ahli masyarakat yang melibatkan semua pihak contohnya ibu bapa, pihak daripada peringkat kampung, bahkan peringkat negeri sekalipun perlu cakna lagi-lagi terhadap aktiviti memanah tradisional ini,”katanya.

Dia berkata, pemanah perlu sentiasa berusaha mencari ilmu, dapat memberi komitmen sepenuhnya, banyak bersabar, tenang, berkeyakinan tinggi, fokus dan tidak meninggi diri apabila memperoleh sesuatu kejayaan.

Selain itu, menjadi satu kejayaan juga apabila sesebuah kampung yang boleh menganjurkan sukan memanah bagi golongan dewasa dan kanak-kanak.

Namun katanya, wanita yang ingin terbabit secara serius dengan sukan ini perlu mendapat restu dan sokongan daripada pasangan masing-masing serta keluarga.

Wanita yang ingin terbabit secara serius dengan sukan ini perlu mendapat restu dan sokongan daripada pasangan masing-masing serta keluarga.

“Apa-apa sunnah sunat diamalkan walau di mana sekalipun berada, terbuka juga kepada golongan perempuan namun mereka lebih terikat dengan adab-adab seperti perlu mendapat keizinan suami dan menjaga batas-batas pergaulan,”katanya.

Tambah Firdaus, mereka juga perlu pandai mengagihkan masa dan memberi komitmen terutama dalam sesi latihan dan persediaan pertandingan.

Menurutnya, target statik dalam memanah adalah sejauh 10 hingga 50 meter manakala memanah berkuda adalah lingkungan 5 hingga 10 meter sahaja.

“Kalau boleh di setiap kampung, digalakkan untuk menganjurkan aktiviti memanah agar dapat diperluas dan dikembangkan lagi hingga sampai ke generasi baharu. Pihak kami di Langkuik Archery mengalu-alukan mereka yang ingin mempelajari ilmu teknik panahan Islam.

Dia berharap agar sukan itu dapat diperluaskan lagi dalam kalangan masyarakat terutama di setiap kampung.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here